Penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memilih nama Don Yunus buat cahaya mata keempatnya selepas tujuh hari.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid mengkhabarkan berita itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.

“Saya Don Daniyal Bin Don Biyajid mengkhabarkan kepada semua bahawa anak lelaki saya yang lahir pada 11/02/2021 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1442h, kami namakan nya DON YUNUS BIN DON DANIYAL.

“Jadi, nama penuh beliau ialah DON YUNUS BIN DON DANIYAL BIN DON BIYAJID BIN MUSTAFA BIN HAMIDON BIN ABDUL QAHHAR BIN SULAIMAN.

“Saya memohon dengan keberkatan pada hari ke-7 anak ini, agar tuan-tuan semua tolong doakan untuk dia agar menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati ibu bapanya.

“Beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya atas jalan Ahli Sunnah Wal Jama’ah asy-Sya’irah Maturidiyyah, rezeki yang luas dan halal dan lahir dari dia, zuriat keturunan yang memperjuangkan kalimah serta pengakhirannya adalah husnul khatimah,” coretnya.

A post shared by Daniyal Biyajid (@ddaniyaldbiyajid)


Dalam pada itu menerusi posting yang sama, Ustaz Don juga berkongsi sunnah-sunnah kelahiran anak sebagai peringatan buat ibu bapa.

Berikut merupakan perkongsian Ustaz Don.

1. Bagi Nama

2. Aqiqah - Dua ekor kambing (anak lelaki), satu ekor kambing (anak perempuan).
(Bagi anak lelaki, jika tak mampu dua ekor, seekor pun boleh. Sah sunat Aqiqah cuma tak dapat pahala sunat dua ekor.)

3. Bercukur

4. Ambil rambut yang dicukur, pergi kedai emas, timbang. Berat rambut tu, tukar dengan harga emas. Dapat jumlah, jumlah tu pergi sedekah kepada fakir miskin.

5. Sambutlah kelahiran dengan alunan puji-pujian kepada Allah Taala dan pujian kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Ustaz Don dengan Husna Mohd Zahry berkahwin pada 23 Ogos 2012. Selain Don Yunus, pasangan ini dikurniakan tiga lagi cahaya mata, Don Mustofa, Don Ibrohim dan Don Sulaiman.

Foto: Instagram @ddaniyaldbiyajid