Pilih Persalinan Serba Putih, Noor Nabila Cantik Macam Bidadari

Mya Amri
Mac 31, 2017 15:05 MYT
Kakak kepada pelakon Neelofa, Noor Nabila, 32, selamat bergelar isteri kepada aktor Sharnaaz Ahmad, 32, dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan Sharnaaz dan Nabila yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara itu dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.
Sharnaaz dan Nabila telah dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Haji Syamsul Firdaus Mohd Supri dengan mas kahwin RM1000.
BACA: SEKALI LAFAZ, SHARNAAZ AHMAD SAH SUAMI NOOR NABILA
Memilih persalinan serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Radzuan Radziwill, Nabila kelihatan begitu manis dan cantik umpama bidadari.
Manakala Sharnaaz pula segak memakai busana putih rekaan Cosry.
Menggunakan hashtag #SharnaazxNabila, tetamu yang hadir ke majlis tersebut telah berkongsi gambar serta momen indah di majlis pernikahan pasangan itu menerusi laman sosial.
Dalam pada itu, Nabila dan Sharnaaz juga berkongsi momen-momen indah pernikahan mereka di Instagram khas buat tatapan peminat.
Astro Gempak kongsikan beberapa keping foto majlis pernikahan mereka, ihsan laman Instagram @noornabila dan @sharnaazahmad.
Teks oleh: Mya Amri
#Sharnaaz Ahmad #Noor Nabila #Akad Nikah