HIBURAN
Pilih Tarikh 25.5.2025, Jaclyn Victor Kahwini Pensyarah Calvin T Samuel!
Penyanyi popular Jaclyn Victor selamat kembali bergelar isteri kepada pensyarah, Calvin T Samuel.
Biarpun tidak mengumumkan secara rasmi, beberapa rakan selebriti sempat berkongsi momen indah yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Ahad.
"Finally! So happy for you," tulis Shila Amzah di ruang Instagram Storiesnya.
.jpg)
.jpg)
Jac, 48, mengenakan gaun serba putih dipadankan dengan Calvin yang menyarung sut tuksedo berona sama.
Selain Shila, hadir sama pada majlis berkenaan ialah Datuk Ramli MS, Tomok, Nikki Palikat, Marsha Milan, Siti Nordiana, Anuar Zain dan Hael Husaini.
Untuk rekod, Jac pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi berasal dari Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014 namun bercerai lima tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8.
Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada pengurus dan Jac sendiri.