Pilih Tema Beauty & The Beast, Comelnya Newborn Photoshoot Isabella Depp!

Amri Hassan
Mei 22, 2019 21:53 MYT
Penyanyi Nourul Depp berkongsi beberapa keping foto ketika sesi fotografi bersama anak bongsunya, Isabella Depp baru-baru ini.
Bertemakan Beauty & The Beast, gimnas dan ballerina, sesi fotografi itu mendapat khidmat jurufoto terkenal Tiny Winy Photography.
"Kan kami kata kami rajin ambik gambaq kali ni!
"Our family moment with our new addition to our family #isabelladepp taken by @tinywinyphotography .
"Props semua diaorang sediakan. Bagus sungguh. Siap jahit baju Belle seperti Beauty & The Beast!
"Kami pilih tema beauty & the beast, gymnast dan ballerina," kongsi Nourul.
Perkongsian itu mendapat pujian daripada peminat yang rata-ratanya menyifatkan wajah Isabella sangat mirip bapanya, Eric Depp.
"Gegirl muka orang Paris. Love sangat!" puji salah seorang pengguna.
Isabella merupakan cahaya mata ketiganya bersama usahawan Perancis, Eric yang dilahirkan pada 30 April lalu secara pembedahan.
Menerusi perkahwinan keduanya itu, Nourul dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary, 5, dan Raphael, 3 tahun.
Sebelum itu, Nourul memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami, Ajai.
#Nourul Depp #Isabella Depp #Photoshoot