Pilih Tema Bollywood Untuk Malam Berinai, Elfira Loy Menawan Macam Heroin Hindustan!

Zulaikha Yusof
Januari 1, 2019 22:20 MYT
Umum mengetahui pelakon Elfira Loy dan pasangannya Khairol Faris Anuar telah melangsungkan pernikahan mereka semalam.
Malam Isnin, telah berlangsungnya malam berinai yang diadakan di Cyberview Resort, Cyberjaya.
Majlis yang bertemakan Bollywood itu diadakan dengan meriah meskipun ia hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekatnya.
Elfira kelihatan sangat cantik dan berseri-seri apabila menggayakan sari berona kuning dan merah pada malam itu.
Bella Dally dan Sweet Qismina turut hadir memeriahkan majlis.
Jom kita tengok beberapa foto yang dikongsi di laman sosial Instagram ini. Serius Elfira sangat cantik macam heroin Hindustan!
Foto: Instagram Sweet Qismina, Bella Dally, Syahirah Kasim, Syahiera Khamsan, Santhawan
#Kahwin #Elfira Loy #Kahwin