HIBURAN
Pilih Untuk Kunci Mulut, Ira Kazar Tak Mahu Dedah Aib Sesiapa - "Kebenaran Akan Terbongkar Sendiri..."
Selebriti media sosial, Ira Kazar tampil meluahkan pendirian dirinya mengenai soal membuka aib pihak lain yang dikatakan menjadi pilihan segelintir individu untuk mendapatkan simpati dan sokongan orang ramai.
Menerusi satu sesi siaran langsung di Instagram (IG) yang kemudiannya dirakam skrin dan dimuat naik semula oleh pengguna di platform Threads , Ira menegaskan dia tidak berminat untuk mendedahkan mana-mana aib, walaupun mempunyai peluang berbuat demikian demi membersihkan nama.
“Apa yang saya nak katakan ini hanya untuk orang yang berakal saja tau.
Okay dia macam ini, kalau saya cerita (buka aib), apa yang saya dapat? Saya tak dapat apa pun.
“Mungkin saya akan rasa puas hati sikitlah tetapi selepas itu mesti saya akan rasa menyesal. Sebab kita buka aib orang,” ujarnya.
Tambahnya lagi, tindakan membuka aib hanya memberi kepuasan sementara dan tidak membawa manfaat dalam jangka masa panjang.
“Kalau korang memang suka buka aib orang, teruskanlah tetapi bukan saya. Saya tak nak buat itu.
“Kita kena jaga aib orang. Untuk apa kita nak buka? Untuk bersihkan nama dan nampak diri kita betul?
“Tak perlu pun nak buka sebab tak dapat apa pun.
“Buka aib semata nak dapatkan ‘validation’ daripada netizen di luar sana? Rasanya tak perlulah kot.
“Kepuasan hati itu sekejap je tapi you akan tanggung dosa itu sampai bila-bila,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ira turut menzahirkan keyakinannya terhadap keadilan Tuhan, malah memilih untuk menyerahkan segala perkara yang berlaku kepada takdir.
“Kalau kita dianiaya, biar sajalah. Satu hari nanti kebenaran itu akan terbongkar dan semoga Allah tunjuk segalanya,” ujarnya.
Untuk rekod, Ira pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.
Namun, perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September 2024.
Sumber: Threads