Berita
Pilihan Raya Dah Habis, Tapi Siapa Bakal Jadi Ketua Menteri Sabah?
Ketika artikel ini ditulis, belum ada kata putus siapa yang bakal memegang jawatan Ketua Menteri Sabah biarpun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang mudah dengan 38 kerusi Adun pada pilihan raya negeri Sabah yang berlangsung semalam.
GRS yang dianggotai oleh Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Dua nama yang disebut-sebut bakal menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu adalah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.
Advertisement
Namun begitu, pelbagai kemungkinan boleh berlaku ketika proses pemilihan peneraju negeri Sabah ini dijalankan.
Untuk maklumat lanjut dan berita yang lebih tepat dan padat, sila layari Astro Awani.
Must-Watch Video