“Pindah Bangkok? Tak Lah…Saya Masih Sayang Malaysia Dan Mak Ayah Saya…” – Safiey Illias
Fiza Kamarudin
01/03/2022 02:27 MYT
01/03/2022 02:27 MYT
Usahawan kontroversi Safiey Illias menafikan dakwaan bakal berhijrah dan memulakan kehidupan baru di Bangkok, Thailand.
Safiey menerusi hantaran terbaru di laman sosial Instagram berkata, dia masih sayangkan Malaysia dan ibu serta bapanya.
“Tak laaa…Saya masih sayang Malaysia dan mak ayah saya,” jawabnya ringkas sambil memuat naik keratan berita sebuah akhbar bertajuk ‘Safiey Illias pindah ke Bangkok?’
Menurut laporan akhbar tersebut semalam, spekulasi mengenai perpindahan Safiey ke Bangkok timbul selepas usahawan itu menjual semua aset dimiliki membabitkan rumah, isi rumah dan kereta mewah miliknya.
Bagaimanapun kata Safiey soal dikatakan bakal berhijrah ke Bangkok, adalah pilihan terakhir untuk kehidupan lebih baik.
Menerusi sebuah hantaran lain, Safiey terharu kerana masih mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada warganet.
“Terharu sangat-sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk berbisnes dan bangkit balik.
“Dulu saya tak sedar sangat benda-benda ni. Tapi bila dalam situasi sekarang, dapat komen camni pun rasa tersentuh dan bersyukur sangat-sangat.
Bersyukur dapat bantu orang. Bersyukur dulu dapat tolong orang jana income. Terima kasih korang semua,” katanya.