Laman Utama
Pinggang Patah, Aliff Syukri Elak Dibedah - "Mungkin Tulang Saya Rapuh Sebab ..."
Usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri memberitahu dia kini berdepan masalah kesihatan apabila tulang belakangnya dikatakan patah disebabkan beberapa faktor.
Terpaksa memakai bengkung untuk menguatkan pinggangnya, Aliff berkata ia kemungkinan berpunca daripada kesan kemalangan motosikal selain aktif bersenam di gimnasium.
“Sebenarnya saya masih dalam keadaan sakit lagi sebab ada masalah pinggang dan tempoh enam bulan ini masih dalam rawatan susulan dengan doktor.
“Untuk keluar ke mana-mana pun, saya kena pakai bengkung untuk keselamatan pinggang sebab tak berapa stabil. Tak tahu apa punca dan tulang pinggang saya kemungkinan patah.
“Mungkin tulang saya rapuh sebab saya tak suka minum susu, kemungkinan juga sebelum ini saya pernah jatuh motor dan selalu hiking dan bersenam di gym,” kata Aliff kepada Gempak.
Bagaimanapun, Aliff enggan melakukan pembedahan kerana ingin mendapatkan pandangan daripada beberapa doktor pakar yang berbeza.
“Sepatutnya doktor kata saya memang kena buat pembedahan tapi saya tak nak, sebab masih muda lagi. Buat masa sekarang ini doktor hanya jalankan beberapa rawatan dahulu.
“Selain itu, saya nak lakukan pemeriksaan dengan doktor pakar lain juga,” ujarnya.
Terdahulu, Aliff berkongsi video memperlihatkan dia sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan namun tidak dikongsikan maklumat lebih terperinci mengenai keadaanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video