Laman Utama

Pinggul Luka, Siku Mangsa Koyak, Netizen Mengamuk Tak Puas Hati Kes Langgar Lari! Pemandu Pula Rupanya Sudah…

gempak
Hanafis Haris
09/09/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
Pinggul Luka, Siku Mangsa Koyak, Netizen Mengamuk Tak Puas Hati Kes Langgar Lari! Pemandu Pula Rupanya Sudah…

Kecoh di media sosial apabila viral video memaparkan sebuah kereta melanggar penunggang basikal di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur.

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, kereta berwarna merah hitam itu secara tiba-tiba menghimpit ke bahagian kiri jalan.

Akibatnya, pemandu berkenaan bertindak melanggar seorang penunggang basikal yang kebetulan melalui jalan tersebut.

Berikutan kejadian itu, mangsa dikatakan mengalami luka pada pinggul kiri, koyak di bahagian siku kiri, cedera di lutut kiri dan betis kanan.

Insiden tersebut kemudian mengundang kemarahan netizen apabila pemandu itu didakwa seperti sengaja melanggar mangsa.

Susulan itu, ramai yang mahukan suspek ditahan dan dijatuhkan hukuman setimpal.

(EMBED)

Sementara itu, menerusi Harian Metro, pemandu kereta yang dipercayai melanggar lari penunggang basikal itu telah pun tampil menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 22 tahun itu hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur pada 4.45 petang semalam.

"Dia dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil. Namun polis merampas keretanya untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, penunggang basikal yang juga kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami cedera ringan dan hadir membuat laporan polis selepas kejadian.

Katanya, kes diklasifikasi mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas 1959.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live