Hiburan
Pink Disahkan Positif COVID-19, Derma Lebih RM4 Juta
Penyanyi popular Hollywood, Pink mendedahkan dia dan anak lelakinya, Jameson telah disahkan positif COVID-19 dua minggu lalu.
Namun menurut Pink, selepas membuat ujian kali kedua beberapa hari lalu, dia dan Jameson telah mendapat keputusan negatif dan sembuh dari jangkitan virus tersebut.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
"Dua minggu lalu, saya dan anak lelaki saya, Jameson, 3, telah mengalami gejala COVID-19, kami telah disahkan positif COVID-19.
"Keluarga saya hanya berada di rumah dan terus berbuat demikian dua minggu lalu atas nasihat doktor.
"Kemudian, kami diuji semula beberapa hari lalu dan mendapati keputusan terbaru adalah negatif," tulis Pink di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Pink mengingatkan orang ramai tentang bahaya penyakit COVID-19 yang boleh menyerang manusia tanpa mengira sesiapa.
"Orang ramai harus tahu penyakit ini boleh menyerang sesiapa tidak kira tua atau muda, sihat atau tidak sihat, kaya atau miskin.
"Ujian penyakit ini harus dilakukan dengan percuma dan ia sepatutnya mudah didapati dimana-mana sahaja," tulisnya lagi.
Untuk merealisaikan perkara itu, Pink menderma sebanyak 500,000 USD (melebihi RM2 juta) kepada tabung kecemasan Temple University Hospital dan 500,000 USD untuk tabung kecemasan Datuk Bandar Los Angeles bagi menangani krisis COVID-19.
"Saya menderma sebanyak 5000,000 USD kepada tabung kecemasan Temple University Hospital di Philadelphia, saya juga menderma 500,000 USD kepada tabung kecemasan Datuk Bandar Los Angeles yang sedang berhadapan krisis COVID-19 ini," tulisnya lagi.
Untuk perkembangan COVID-19 di Malaysia, jumlah kes telahpun mencecah 3,333 secara keseluruhan setakat semalam, 3 April 2020.
827 dari jumlah itu telahpun sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, jumlah kematian pula adalah sebanyak 53 orang termasuk tiga kes baru pada semalam.
Must-Watch Video