Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pinn Yang Dah ‘Off Market’! Ramai Approved Isteri - “Wedding Simple, Wife Pun Cantik! Tahniah”

Mya Amri
08/10/2024 00:55 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Pinn Yang kini sudah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Rui Mei.

Off market, perkenal isteri

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Pinn Yang menerusi platform media sosial Instagram dan TikTok miliknya pada Isnin.

Pinn Yang yang juga merupakan pengasas kepada Good Foodie Malaysia itu turut memperkenalkan isterinya menerusi beberapa foto perkahwinan mereka yang dimuat naik.

“Isteri saya, Rui Mei, hari paling bahagia dalam hidup kami,” tulisnya.

A post shared by Pinn Yang (@pinn_yang)

Foto tersebut juga merakamkan pasangan sama cantik sama padan itu secocok menggayakan baju berona putih suci, sementara Pinn Yang pula mengenakan blazer berwarna kelabu.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain mengucapkan tahniah kepada Pinn Yang dan isteri.

Malah mereka juga turut memuji kecantikan Rui Mei dan menyukai majlis perkahwinan mereka yang disifatkan sebagai begitu indah walaupun sederhana.

Untuk info, Pinn Yang merupakan antara pempengaruh yang sering tular dengan menghasilkan video menjual barangan tetapi perlu membayar dengan pertukaran barang bersama individu yang ditemui secara rawak.

Sekiranya individu tersebut memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki, Pinn Yang akan menghadiahkan mereka dengan barangan jenama mewah sebagai tanda berterima kasih menyertai cabarannya.

#Kahwin #Isteri #Wedding #Pinn Yang #Rui Mei
;