Dari hobi suka-suka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini pempengaruh berjaya bawa resepi pizanya ke Itali mewakili Malaysia.

Isterinya yang dikenali sebagai Cik Epal berbangga dengan kejayaan suaminya kerana memaklumkan Pizza Jofliam kini diiktiraf oleh Chef Pizza, Certified Pizzaiolo.

“Sangat susah Italian nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi @jofliam . Terima kasih Salva. 50 team dari seluruh Italy termasuk USA dan satu team mewakili Malaysia.

“Dari hobi suka-suka masa PKP, kini @jofliam sah certified Chef Pizza @ certified Pizzaiolo. Masin mulut Han eh. Bila teacher dia tanya ayah dia kerja apa? Han cakap papa Chef,” katanya.

Cik Epal berkongsi perkara berkenaan di laman TikTok miliknya.

Lebih membanggakan, Cik Epal memberitahu pasukan Jofliam berjaya mendapat tempat ke empat daripada 50 pasukan daripada negara lain.

“Ikut markah, team @jofliam dapat top 4 dalam 50 team yang bertanding. Aku still bangga je @jofliam bawak nama Malaysia ?? dalam competition pizza ni.

“Pembuat pizza yang famous dekat Italy ?? pon kenal @jofliam pizza wagyu from Malaysia. Fantastic bak kata Yuki,” ujarnya.
@cikepal06 Sangat susah Italian ?? nak bawa bendera negara lain, tapi Salva sanggup demi Jofliam . Tq Salva?. 50 team dari seluruh Italy termasuk USA dan 1 team mewakili Malaysia??. Dari hobi suka-suka masa PKP, kini Jofliam sah certified Chef Pizza @ certified Pizzaiolo?. Masin mulut Han eh. Bila teacher dia tanya ayah dia kerja apa? Han cakap papa Chef ?. Ikut markah, team Jofliam dapat top 4 dalam 50 team yang bertanding. Aku still bangga je Jofliam bawak nama Malaysia ?? dalam competition pizza ni. Pembuat pizza yang famous dekat Italy ?? pon kenal Jofliam pizza wagyu from Malaysia. Fantastic bak kata Yuki??! Jangan give up! Fly high my husband Jofliam ?. Awak tetap champion di hati saya?. Haderrrrr?. #jofliam #cikepal #cikepal06 #han #yuki #hanyuki #makajibycikepal #makajicikepal #makaji #jofliamcikepal #jofliamcikepal06 #jofliampizzawagyu #jofliamwagyupizza #jofliampizza ♬ MALAYSIA - Faizal Tahir
Sementara itu, Jofliam pula menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu ia atas usahanya sendiri dan tidak mendapat sokongan atau pembiayaan terutama daripada kerjaan Malaysia.

“Saya merelakan diri.Tiada siapa paksa.Kos semua dibiaya saya sendiri sejak mula sebab saya yang rela.

“Sangat susah untuk orang Italy nak mewakili bendera negara lain selain Italy sebab orang Italy tersangat lah bangga dengan Italy??.

“Untuk Salva,dia sanggup mewakili Malaysia.Ini adalah satu penghormatan untuk saya.

“Tapi kalau kerajaan Malaysia sudi membawa Salva dan teammate saya untuk ke Malaysia,mengenali Malaysia,budaya Malaysia,orang Malaysia yang sangat budiman,keindahan Malaysia,pembangunan Malaysia,saya sangat lah berbesar hati.

“Saya tak mampu nak reach kerajaan Malaysia atau Perdana Menteri @anwaribrahim_my .

“Apa pon saya ulang disini,saya disini demi tanah air tercinta,atas kerelaan saya sendiri,tiada paksaan,” luahnya.

A post shared by Jofliam? (@jofliam)

Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram Jofliam, bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.

Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.

Pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.

Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.