,
Laman Utama

PKP 2.0 Di Selangor, KL, Johor & Pulau Pinang Dilanjutkan Hingga 4 Mac

Asraf Aided
16/02/2021
10:48 MYT
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada 18 Feb, akan disambung sehingga 4 Mac depan, lapor AWANI.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media pada Selasa.
Ismail Sabri berkata, negeri-negeri lain yang di bawah pelaksanaan PKP sebelum ini ditukar status kepada PKP Bersyarat (PKPB), manakala Perlis merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang berstatus PKP Pemulihan (PKPP), berkuatkuasa mulai tarikh yang sama.
Beliau berkata, perubahan status kawalan pergerakan itu diputuskan selepas penilaian risiko dibentang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.
“Secara umum KKM maklumkan kes di kebanyakan negeri menunjukkan trend penurunan bermula minggu kelima tahun ini, iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP 2.0.
“KKM juga sahkan trend kes import rentas negeri juga turun mulai 3 Feb lepas. Bagaimanapun, kes masih kekal tinggi di beberapa negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP.
Ismail Sabri juga berkata, sekatan pergerakan melebihi radius 10 kilometer di negeri-negeri terbabit PKP, PKPB dan PKPP juga dibatalkan.
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

"Maggi Tu Saya Patah Dua, Satu Makan Breakfast, Satu Lagi Simpan Dinner" - Amir Ahnaf

gempak
15/04/2023
04:54 MYT
Cerita peritnya zaman PKP.
Laman Utama

Jatuh Sakit Sejak PKP, Wan Raja Susut 10kg- "Jika Tersalah Makan..."

gempak
05/04/2023
04:44 MYT
Wan Raja Kini Susut 10kg
Laman Utama

Promosi Perniagaan Pengikut Media Sosial Tanpa Dipinta, Netizen Kenang Kemurahan Hati Adibah Noor - “Arwah Merupakan…”

gempak
20/06/2022
01:50 MYT
Murahnya hati arwah...
Laman Utama

Haqiem Rusli, Isteri Rai 8 Pasangan Pengantin Hasnuri - "Simbolik Angka 8, Mereka Kahwin Ketika PKP"

gempak
18/04/2022
10:43 MYT
Tak lambat lagi nak wish selamat pengantin baru kan?