Laman Utama
PKP 3.0: Netizen Kecewa! Banyak Kerja Terpaksa Diselesaikan Saat Akhir & Mood Raya Jadi Zero
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Hampir kesemua timeline di platform media sosial dipenuhi dengan perkataan PKP.
Ada yang meluahkan kekecewaan atas tindakan kerajaan yang suka membuat pengumuman di saat akhir.
Malah, ada juga segelintir yang sudah tidak teruja untuk menyediakan persiapan bagi menyambut hari raya Aidilfitri pada minggu hadapan.
Semua itu telah menjadi topik yang paling trending selepas kenyataan dikeluarkan.
Anda boleh lihat antara sebahagaian pandangan dan respon netizen di bawah.