Penyanyi Siti Sarah Raissudin berkongsi kisah mengenai situasi kehamilannya ketika ini.

Menurut Sarah, apabila hampir enam tahun tidak menimang cahaya mata, dia kini lupa untuk melakukan persiapan dan membeli barangan bayi.

“Dah enam tahun tak ada baby sampai lupa nak beli apa untuk persiapan.

“Kalau korang beli apa dulu? Beli masa kandungan berapa bulan?,” katanya ringkas menerusi sebuah posting di Instagram.

Menurut Sarah lagi, disebabkan negara kini berdepan tempoh ‘lockdown’ ia juga sedikit sebanyak menganggu persediaan tersebut.

“Tapi PKP macam ni nak cari ya?,” ujarnya.

Pertanyaan itu mendapat respon daripada peminat yang mencadangkan beberapa platform e-dagang untuk membeli barangan bayi.

Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman masing-masing apabila jarak kandungan agak lama.

Sekadar info, Sarah dan Shuib berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq.