PKP Penuh Di Selangor Dipertimbangkan - Dr Adham
Awani
17/05/2021 23:36 MYT
17/05/2021 23:36 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor sekiranya penularan di negeri itu gagal dikawal.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, KKM juga akan mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat di negeri itu jika jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan tidak mampu dikekang.
"Saya setuju kita perlu cadangkan kepada kerajaan supaya lebih ketat SOP dan juga PKP sekiranya melihatkan kepada ketidakupayaan mengekang, maka cadangan untuk kita melaksanakan PKP penuh adalah satu perkara yang boleh dipertimbangkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah KKM melihat pada angka harian COVID-19 yang semakin meningkat di Selangor.
Sebanyak 4,446 kes baharu direkodkan pada Isnin dengan Selangor terus kekal tinggi dengan 1,650 kes.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Adham menasihati orang ramai supaya tidak 'berhari raya' di pusat beli belah yang boleh mencetuskan kepada peningkatan jangkitan.
"Kebimbangan ini memuncak berikutan kehadiran varian baharu COVID-19 yang ganas dan agresif, yang menuntut rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard, termasuk menjaga penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka," katanya lagi.