Sebelum ini sambutan hari lahir anak selebriti akan diraikan meriah dengan kehadiran tetamu, namun selepas negara dilanda pandemik Covid-19 lain pula jadinya.

Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tetap meraikan hari bahagia puteri kesayangan mereka, Alisa Aisyah pada 24 Mei lalu.



Walaupun hanya diraikan bersama Yusof Iskandar dan kucing mereka, Bujibu, sambutan itu tetap mewah apabila menampilkan carousel yang berpusing-pusing di tengah rumah.

"Pergi ke taman permainan tak boleh. Bawa taman permainan ke rumah," tulis salah seorang pengikut.

Pada awalnya, Alisa kelihatan terkejut dan berasa malu namun selepas itu dia sudah riang gembira bermain dengan Yusof.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat turut sama memberi ucapan hari lahir kepada Alisa di samping memuji usaha yang dilakukan oleh Hairul dan Hanis bagi membahagiakan anak-anak.

Terdahulu, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2.