Laman Utama

PKPD: Netizen Risau Kawat Duri Dipasang Di Tangga Pangsapuri, Annuar Musa Arah Buka Serta-Merta

gempak
Zulaikha Yusof
04/07/2021
01:19 MYT
Sponsor Banner
PKPD: Netizen Risau Kawat Duri Dipasang Di Tangga Pangsapuri, Annuar Musa Arah Buka Serta-Merta
Platform media sosial menjadi viral selepas gambar yang memperlihatkan beberapa anggota tentera memasang kawat berduri di luar tangga Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas itu mencetus kerisauan dalam kalangan netizen.
Rata-ratanya bimbang dengan keselamatan penduduk yang tinggal di situ sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran.
"Tangga kecemasan dipasang kawat duri, kalau ada kecemasan atau kebakaran macam mana Datuk @IsmailSabri60?
"Aku tak la salahkan askar bertugas tu. Diorang ikut arahan atasan. Kita tanya sebab kita prihatin pasal keselamatan terutama kalau ada kes kebakaran.
"Tak nak nanti dah berlaku baru nak terfikir langkah keselamatan," tulis pengguna Twitter bernama @faris_safei.
Ekoran itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengarahkan kawat duri itu dibuka serta-merta.
"Tidak dibenarkan pasang kawat duri di tangga rumah pangsa kawasan PKPD. Arahan buka serta merta telah dikeluarkan.. Harap maklum," tulisnya menerusi akaun Twitter miliknya, semalam.
Menurut Annuar, pemasangan kawat duri adalah tidak dibenarkan di pangsapuri walaupun itu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Pemasangan yang merentasi tangga flat tidak dibenarkan dan melanggari building by laws..Arahan sudah dikeluarkan," tulisnya lagi.
Sebelum ini, menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata pemasangan kawat berduri itu dipersetujui dalam mesyuarat penyelerasan PKPD yang turut dihadiri wakil bomba dan penyelamat.
Katanya, terdapat laluan lain yang boleh digunakan oleh penduduk blok itu sekiranya berlaku kecemasan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live