Penyanyi Nik Qistina akui sudah lama menyepi daripada melibatkan diri dalam industri muzik.

Jelas Qistina ketiadaan dirinya disebabkan ingin menambah ilmu memandangkan usianya masih muda.

"Saya senyap sebab nak belajar banyak benda dalam industri muzik. Saya masih muda, umur baru 19 tahun.

"Penglibatan saya dalam program Dansa Dan Sing adalah untuk mencabar diri di samping menimba lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman.

"Saya tahu program ini ramai penyanyi dan penari yang hebat. Namun ini adalah platform terbaik untuk arah tuju saya pada masa depan.

"Kalau masih tidak bantu menaikkan nama saya, tidak ada masalah juga kerana saya masih ada muzik yang ingin dipertaruhkan. Saya sentiasa akan meneruskan karier seni," katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! Yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada ja 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).