Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Playboy, Romeo, Wife Stealer, Anak Datuk...Typical Malay Roles In Drama...And You Ask Me Why I'm Not On TV Anymore" - Ammar Alfian

Asraf Aided
18/12/2018 11:16 MYT
Pelakon Ammar Alfian mengatakan kebanyakkan drama TV tempatan sering memaparkan watak-watak tipikal dan tidak mengalami perubahan.

Ammar berkata demikian menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Ammar, dia tertanya-tanya tentang mesej sebenar yang ingin disampaikan kepada masyarakat menerusi watak sebegitu.

"Playboy, romeo, wife stealer, anak datuk, typical Malay roles in dramas for leading men right now.

"What kind of message are we sending to the youth and the public? It's nearly 2019, ain't there gonna be any change?

"And you ask me why I am not on TV anymore," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Ammar, ada juga yang memuji kualiti lakonan dalam filem Paskal.

Playboy, romeo, wife stealer, anak dato'... Typical malay roles in dramas for leading men right now. What kind of message are we sending to the youth & the public? It's nearly 2019. Ain't there gona be any change? And u ask me why Im not on TV anymore.??‍♂️ . . . #think #itaintwrongyet #savetheindustry

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on


Ammar mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2008 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.
#Ammar Alfian
;