Ramai yang tidak menyangka pemain futsal wanita negara, Intan Serah berkebolehan untuk bermain permainan popular berkonsepkan 'battle royal', PUBG.

Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut apabila melihat kemahiran yang ditunjukkan Intan setiap kali bermaian permainan tersebut.

Beberapa video pendek merakamkan gelagat Intan ketika sedang asyik ‘berlawan’ yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya ternyata membuatkan pengikutnya kagum.

“Player futsal memang pro main PUBG macam smokey tu,” komen @zulfikrey_29

“Power akak ni. Futsal pun pro PUBG pun pro,” puji @taufiq_running

Antara posting yang mendapat perhatian adalah:

“So lately, I dah jarang main #pubgmobile lagi-lagi selepas minggu pertama Season 9 I push rank and my point drop almost -300 (masa tu dah crown 1).

“Sebab cheater-cheater yang berleluasa dah macam zaman season 5, koyak mental aku hahahah. Lagipun dah start class semua. Jadi ya, kalau kalau ada yang rindu, I kasi belanja video throwback masa last season,” tulisnya.

Intan mula mendapat perhatian selepas muncul dalam siri terbaru berjudul Curhat menerusi platform digital Gempak.

Selain Intan, Curhat juga turut menampilkan penyanyi Ismail Izzani dan pelakon Syida Melvin.

Saksikan kesemua episod penuh Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube.

Curhat merupakan kisah inspirasi selebriti mengenai kehidupan mereka, kecekalan, ketabahan dan usaha yang dilakukan mereka sehingga mampu berada ditahap sekarang.

Curhat juga boleh ditonton di www.gempak.com/curhat.