Kemunculan semula pelakon Yang Se Jong menerusi drama Korea popular, Romantic Dr Teacher Kim mendapat perhatian penonton.

Ini kerana pada musim pertama, Yang Se Jong telah memainkan watak Dr Do In Bum iaitu anak lelaki kepada Do Yoon Wan.

Watak Dr Do In Bum merupakan seorang yang sangat pentingkan diri sebelum perangainya berubah selepas bertemu Dr.Kim.

Menerusi teaser untuk episod 15, jelas kelihatan rata-rata doktor yang bertugas terkejut sebaik sahaja mendengar berita mengenai kemunculan Dr. Do In Bum.

Bagaimanapun pertemuan antara Do Im Bum dan Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop) sedikit tegang dan masing-masing tidak mempedulikan antara satu sama lain.

Dalam pada itu, pihak produksi Samhwa Networks mengucapkan terima kasih kepada Se Jong kerana sudi menjadi cameo episod berkenaan.

“Terima kasih kepada Se Jong kerana sudi menerima undangan istimewa untuk menjadi pelakon cameo bagi episod ini.

“Disebabkan itu kami berjaya membuatkan jalan cerita episod ini menjadi lebih mendebarkan. Jadi saya harap penonton jangan lupa saksikan kemunculan semula Do In Bum di Hospital Dol Dam,” tulisnya.

Saksikan dua episod akhir Romantic Doctor, Teacher Kim 2 hari ini (25 Februari) dan esok (26 Februari), jam 8.10 malam secara eksklusif di ONE HD (saluran 393).

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari http://www.gempak.com/gempakchingu