Filem arahan Razaisyam Rashid, Pusaka masih membara di pawagam.

Mendapat sambutan positif penonton semenjak mula ditayangkan pada 31 Oktober lalu, filem ini mencipta fenomena tersendiri.

Naskhah ini juga berjaya meraih kutipan sebanyak RM12.5 juta dalam masa 25 hari tayangan!

Menerusi beberapa entri di laman Instagram Astro Shaw, rata-rata peminat gemarkan 'plot twist' yang dipaparkan dalam filem ini.

Ni kata mereka tentang plot twist. Apa kata korang? Dah hujung minggu jom layan Pusaka dengan member sekarang. . Dari Penerbit Filem DUKUN! Filem arahan Razaisyam Rashid . #PUSAKA KINI MENGHANTUI DI PAWAGAM! #FilemPusaka #Pusakachallenge #DiaDahDatang Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Selain itu, ada juga yang menyahut cabaran #PusakaRepeat dan ada peminat yang sudah lima kali menonton filem ini!

Siapa dah layan Pusaka lebih 2 kali? Cuba komen sikit/ DM gambar tiket korang sebab kami ada HADIAH EKSKLUSIF untuk korang.. . Dari Penerbit Filem DUKUN! Filem arahan Razaisyam Rashid . #PUSAKA KINI MENGHANTUI DI PAWAGAM! #FilemPusaka #Pusakachallenge #DiaDahDatang #PusakaRepeat Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem Pusaka hari ini!

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.