Filem The Garden of Evening Mists terus mendapat respons positif dalam kalangan penonton yang sudah menyaksikannya.

Antara yang menarik perhatian penonton adalah plot jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini yang disifatkan sebagai sesuatu yang sukar diramal.

"Apa yang aku suka mengenai filem ini ialah plot twist yang membuatkan aku tak boleh jangka plot seterusnya.

"8.9/10. Terbaik, gerun, indah dan bijak. Saya bersyukur dapat menonton filem ini ketika malam tayangan khas," tulis pengguna akaun @RosaJuly6 di Twitter.

Katanya lagi, antara elemen lain yang membuatkan dirinya tertarik dengan filem tersebut ialah paparan kisah keteguhan hati seseorang walaupun dilanda hidup yang getir.


Filem The Garden of Evening Mists mengangkat kisah kehidupan yang berlatar belakang sewaktu zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Ia menceritakan kasih sayang seorang kakak yang mahu membina taman Jepun buat mendiang adiknya yang terbunuh sewaktu menjadi tahanan tentera.

BACA: "Saya Menangis Empat Kali" - Penonton Tak Sanggup Tengok Babak Kejam

Filem arahan pengarah prolifik, Tom Shu-Yu Lin itu merupakan sebuah karya adaptasi novel tulisan Tan Twan Eng.

Naskhah yang mula ditayangkan sejak 16 Januari itu menampilkan gandingan pelakon tempatan, Sinje Lee dan aktor kelahiran Jepun, Hiroshi Abe selaku teraju utama.

Jadi, jangan lupa saksikan karya terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu di pawagam berdekatan anda hari ini.