Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin yang positif COVID-19, diberikan kesembuhan.

Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya, Ismail Sabri turut mendoakan semoga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu dan keluarga dilindungi.

"Didoakan agar Allah SWT memberi kesembuhan dan melindungi Tan Sri (Muhyiddin) sekeluarga," katanya sambil memuat naik semula status Muhyiddin.

Muhyiddin, pada Rabu mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas melakukan ujian Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Bekas Perdana Menteri itu berkata dia menjalabi kuarantin kendiri di rumah dan hanya mengalami gejala ringan serta berada dalam keadaan baik.