Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 7.10 malam tadi.

Laporan Awani menyatakan antara orang kenamaan yang dilihat mengiringi Perdana Menteri ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Perdana Menteri sebelum itu tiba di istana berkenaan pada jam 4.40 petang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, sekitar pukul 4.30 petang, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dilaporkan memasuki pekarangan istana sama selepas menziarahi makam ayahanda baginda di Pekan.

Ketika ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan untuk melaksanakan darurat.


Sumber: Bernama
Kredit foto: Awani