PMO Arah Guna 'Mahiaddin' Dalam Surat Menyurat, Dokumen Rasmi
Azwa Rahman
16/06/2021 09:36 MYT
16/06/2021 09:36 MYT
Urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan akan menggunakan nama rasmi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut satu memo Pejabat Perdana Menteri.
Nama rasmi atau nama sebenar Muhyiddin, seperti yang tertera pada kad pengenalan beliau adalah Mahiaddin Md Yasin.
Memo perhubungan bertarikh 3 Jun 2021 ditandatangani ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad dan ditujukan kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Perdana Menteri.
"Susulan pandangan Jabatan Peguam Negara, dimaklumkan penggunaan nama rasmi perdana menteri adalah seperti berikut: Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin.
"Sehubungan itu, semua urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan yang memerlukan penggunaan dan tandatangan atas nama Perdana Menteri hendaklah menggunakan nama rasmi Perdana Menteri seperti di atas.
"Arahan ini berkuat kuasa serta merta," menurut memo itu.
Pada 2 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan satu perintah penahanan yang ditandatangani Muhyiddin kerana tidak menggunakan nama seperti dalam kad pengenalannya.
Bagaimanapun, Muhyiddin menggunakan nama sebenarnya dalam kesemua empat proklamasi darurat.
Sumber: Malaysia Kini