Soalan:


Salam Kak Gee, nama saya SY berusia 31 tahun.

Kisah saya nak cerita ni mungkin agak kelakar tapi itulah hakikatnya.

Begini, saya dan rakan ada plan untuk buat bisnes durian memandangkan sekarang tengah musim durian.

Nak jadikan cerita selepas seminggu, kawan saya asyik beri alasan tidak munasabah setiap kali diajak untuk berbincang.

Saya pun anggap dia tidak berminat jadi saya teruslah buat bisnes tersebut.

Saya all out dari segi sosial media, marketing semua dan Alhamdulillah semua lancar.

Namun, saya tidak sangka ia menjadi punca kami berbalah.

Gaduh besar kami dibuatnya. Tak pernah dia marah macam tu sampai dia tuduh saya tikam belakangnya.

Macam mana ni Kak Gee? Kami kawan dari kecil kot.

Yang Benar,
SY

Jawapan:


Waalaikumsalam SY, terima kasih sudi PMTepiKakGee.

Pertama sekali, masalah anda berdua ini sebenarnya banyak berpunca daripada masalah komunikasi.

Kawan baik SY tidak memberi respon atau kata putus hingga memaksa SY meneruskan perniagaan berkenaan.

Bila dah berjaya barulah dia sedar perniagaan itu boleh pergi jauh.

Cuma, Kak Gee nasihatkan supaya mungkin SY boleh memujuknya untuk kembali menjadi rakan partner.

Kak Gee yakin, SY pun serba salah untuk berjaya seorang diri kan.

Namun, jika dia masih berdegil, biarkan dulu.

Mungkin ketika ini dia masih 'panas' dan marah lagi. Beri dia sedikit masa, selalunya sahabat baik ni gaduh tidak lama.

Cuma jangan biarkan ia berlarutan, salah seorang mesti bertindak sesuatu supaya hubungan itu tidak terlerai.

##

Itu kisah SY, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.

Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!