Hiburan
#PMTepiKakGee : 7 Tahun Berkahwin, 7 Tahun Jugalah Isteri Tanggung Derita Panas Baran Suami
Soalan:
Assalammualaikum kak Gee, panggil saya Nur saja.
Saya cuma nak luahkan apa yang saya rasa selama tujuh tahun usia perkahwinan kami berdua.
Mungkin ada yang sangka kami bahagia, namun saya sebenarnya tanggung derita
Apa lagi yang saya perlu lakukan jika suami berubah sikap serta selalu je panas baran.
Saya cuba sedaya upaya untuk ambil hati suami namun dia buat endah tak endah sahaja!
Harap sangat Kak gee dapat selesaikan masalah yang saya hadapi sekarang.
Untuk makluman, saya suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada tiga cahaya mata
Yang Benar,
Nur
Jawapan :
Walaikumsalam Nur, terima kasih kerana sudi #PmTepiKakGee.
Melihat permasalah Nur, Kak Gee yakin dan percaya Nur seorang yang cekal dan telah banyak berkorban demi rumah tangga.
Setiap kali muncul isu suami baran, Kak Gee suka jadikan Rasullullah kita, Nabi Muhammad SAW sebagai rujukan.
Sepanjang hayat baginda, Rasulullah yang menunjukkan sikap lemah lembut kepada wanita dan kanak-kanak.
Begitulah sepatutnya dicontoh kaum lelaki.
Bagi Kak Gee, jika suami gagal untuk berkomunikasi dan enggan berubah, isteri sebenarnya boleh meminta bantuan orang tengah untuk menasihatinya.
Mungkin ada individu yang rapat dengan suami boleh memberi nasihat. Antaranya rakan baik, ibu bapanya atau adik beradiknya.
Namun, Kak Gee nasihatkan supaya memilih individu tersebut dengan tepat kerana khuatir disalah erti pula.
Selain itu jika Nur rasakan matlamat perkahwinan masih boleh dicapai, Nur perlu berusaha memperbaiki tingkah laku suami khususnya dalam menghadapi kerenah anak-anak.
Nur boleh memujuk suami mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor atau mana-mana orang yang dihormatinya.
Apapun Kak Gee doakan yang terbaik untuk Nur selesaikan rumah tangga.
Itu kisah Nur, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!