Soalan:

Hi Kak Gee, boleh panggil saya Azmah berusia 46 tahun.

Saya ada masalah anak bongsu umur 16 tahun.

Masalah ini berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

Dia sudah kerap bermain game pagi petang siang malam.

Kalau dulu dia hanya main dengan telefon je, now makin teruk apabila dia asyik berkurung melayan pemainan komputer.

Paling terkejut apabila dia beritahu saya minggu lepas dia malas nak belajar, nak fokus main game.

Nak jadi macam Soloz dan katanya ramai boleh buat duit dengan main game.

Betul ke Kak Gee? Saya ni buta IT sikit, takkan lah main game boleh buat duit?




Jawapan:

Hi Azmah, terima kasih kerana sudi #PMTepiKakGee.

Dah jadi normal baru juga sekarang ni apabila budak asyik fokus dan leka bermain game.

Jika tidak bermain game, mereka akan tonton video-video ‘streamer’ terkenal yang beraksi dalam sesuatu pertandingan.

Daripada situlah kebanyakan mereka akan meniru atau mencuba apa yang ‘idola’ mereka buat.

Ada meja dan kerusi gaming khusus, ’set up’ komputer yang lengkap dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan striming atau bermain game boleh jana pendapatan.

Lihat saja Faris Zakaria atau ‘Soloz’ yang sekarang mencipta fenomena tersendiri sebagai atlet e-sukan dan juga streamer Facebook Gaming.

Dengan pendapatan dia bermain game, Soloz mampu membeli kereta mewah Mustang.

Hebat kan?

Namun, dalam melihat kejayaan beberapa ‘gamers’ ini, Kak Gee percaya mereka semua bukan ‘kosong’ dalam ilmu pembelajaran.

Malah, kebanyakan mereka yang berjaya berusia 20 tahun ke atas.

Apa yang Kak Gee boleh nasihat, didik anak supaya utamakan pembelajaran dan anggap saja bermain game sebagai hobi terlebih dahulu.

Kak Gee pasti Soloz juga bermula daripada bawah.



Itu kisah Azmah, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!