SOALAN
Kak Gee, kenapa hidup ini kejam? Bekas kekasih saya akan menikah dengan kakak saya hujung tahun ini.
Memang kami sudah dua tahun berpisah, tapi saya tak sangka selama ini dia dan kakak saling menyimpan perasaan. Tanpa mempedulikan perasaan saya, mereka ingin berkahwin dan keluarga kedua dua merestuinya.
Hati saya hancur. Apa lagi mengenang nanti saya harus berhadapan dengannya pada masa akan datang.
Yang Benar,
Terluka
JAWAPAN
Wah, tersentak Kak Gee dengar pertanyaan pertama anda, Terluka. Adik, percayalah setiap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan semuanya sudah Allah atur cantik kepada kita.
Allah juga tidak akan menzalimi kita, cuma Kak Gee faham pada saat ini anda berasa tidak boleh mengawal emosi. Jadi lepaskanlah ketidakpuasan hati, kemarahan dan rasa bengang sepuas puasnya. Tapi buang ia dengan cara yang berhemah.
Tentang bekas kekasih akan berkahwin dengan kakak anda, kata klisenya adalah jodoh itu rahsia Allah. Jika kita sudah bercinta 18 tahun lamanya jika bukan jodoh kita, maka bukan.
Sekali lagi Kak Gee faham, apa yang buat anda sakit hati adalah bekas kekasih akan menjadi abang ipar anda dan kakak pula seperti tergamak mengambil dia dari anda. Tapi percayalah, mungkin mereka juga tak pernah menjangka hal ini akan berakhir.
Kak Gee percaya kakak sangat sudah mempertimbangkan lamaran bekas kekasih anda dan mengambil kira tentang anda. Cuma apabila berbalik kepada soal hati, mungkin mereka tewas untuk menepis.
Beginilah, nasihat Kak Gee, Terluka redha dan berdoa yang baik baik. Berdoa semoga anda bertemu dengan suami yang memang diciptakan Allah buat anda.
Apa yang pernah terjadi di antara anda dengan bekas kekasih atau bakal abang ipar, jadikan kenangan dan pengajaran. Doakan kakak anda dan dia bahagia kerana pada akhirnya kalian adalah keluarga.
Kak Gee tahu apa yang dicakapkan ini nampak mudah tapi sukar buat anda, tapi Terluka boleh mengubah diri dengan berfikiran lebih positif dan keluar dari perasaan marah itu.
Jangan lupa kembali cari Kak Gee bila anda sudah menemui calon suami dan kongsikan bagaimana kehidupan anda setelah bekas kekasih berkahwin dengan kakak ya.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!