Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#PMTepiKakGee : Boss Tunjuk Belang Sejak PKP... Tak Hormat Privasi, 24 Jam Kena Paksa Kerja... Macam Mana Ni?

Gempak Spot
08/05/2020 15:00 MYT
SOALAN:

Salam Kak Gee.

Saya Lee dari negeri utara tanah air. Saya nak share pasal boss saya.

Sejak PKP ni terserlah perangai sebenar dia. Dia bukanlah ketua yang baik.

Selalu tak rasional. Tak ada belas kasihan dengan pekerja. Berpuluh kali kami ni kena buat kerja yang sama ulang-ulang sampai dia puas hati.

Dia tak hormat privasi kami. 24 jam dipaksa kerja. Dan selalu nak bantai kami.

Kak Gee rasa patut ke saya report pejabat buruh?

Lee.


JAWAPAN:

Salam Lee. Terima kasih kerana menyuarakan masalah anda kepada Kak Gee.

Melihat situasi Lee, Kak Gee dapat rasakan yang Lee mengalami tekanan kerana sikap ketua yang bersikap tidak rasional.

Bagi Kak Gee, mungkin Lee boleh berbincang terlebih dahulu dengan staff lain mengenai tindakan selanjutnya yang anda semua boleh ambil untuk mengatasi masalah ini.

Bagi Kak Gee, jika dia bersikap kurang rasional, kita harus melihat masalah ini dari satu sudut berbeza kerana apa jua yang anda usulkan kepada boss, pastinya akan dipandang remeh.

Bincangkan dengan rakan-rakan lain dan jika ada boss yang pangkatnya lebih tinggi berbanding boss Lee sekarang, mungkin Lee dan rakan-rakan boleh suarakan apa yang anda semua rasa kepada boss terbabit?

Apa-apa pun, bincang dahulu dengan kawan-kawan.

Jika melaporkan perangai boss Lee kepada pejabat buruh menjadi jalan penyelesaian terakhir, maka Lee dan kawan-kawan boleh bertindak untuk mengumpulkan segala bukti sebelum membuat sebarang tindakan.

Tapi fikir masak-masak dahulu, Kak Gee takut keadaan menjadi semakin teruk.

Lagi satu, bagi Kak Gee, Lee dan kawan-kawan juga harus melihat perkara ini dari satu sudut berbeza.

Mungkin boss Lee rasa tertekan kerana dia bertanggungjawab untuk meneruskan kelangsungan perniagaan yang sedang ada sekarang.

Di saat keadaan ekonomi semakin mendesak pada masa ini, pastinya ada alasan kukuh sebalik sikap boss Lee yang kurang menyenangkan itu.

Apa-apa pun, Kak Gee harap Lee sentiasa bersikap rasional dan jangan mudah rasa tertekan dengan dugaan kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.

Berbincang terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan... Mohon bersabar ya!







---

Itu permasalahan Lee, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.


Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #Masalah #PM Tepi Kak Gee
;