Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

#PMTepiKakGee; Buntu Pilih Antara Pekerjaan atau Sambung Belajar

Gempak Spot
30/05/2020 15:00 MYT
SOALAN

Sebenarnya saya tengah memikirkan sama ada adakah saya perlu terus belajar ataupun menangguhkannya untuk mencari kerja untuk sara hidup diri dan keluarga. Sebab nak dapat kerja part-time pun dah susah. Nak kerja online kena ada modal pula.



Yang Benar,
Zakwanmz15

JAWAPAN

Hi Zakwanmz15, secara peribadi Kak Gee sarankan agar anda keluar mencari kerja. Buat masa ini dengan keadaan ekonomi yang sangat kurang baik, hal terbaik yang dilakukan oleh kita semua adalah mempertahankan pekerjaan.

Jika masa ini anda masih tidak mempunyai pekerjaan, kena usaha dua kali ganda untuk memastikan khidmat anda diperlukan di mana mana syarikat yang memerlukan kepakaran anda.

Bukan Kak Gee mahu menafikan betapa pentingnya ilmu, tetapi situasi dunia sekarang membuat Kak Gee melihat bekerja adalah satu keputusan yang bijak untuk kita semua.



Dengan mendapatkan pekerjaan dan jika punya atau mampu membuat tabungan, maka anda boleh membelek semula peluang peluang menyambung pelajaran. Jika mampu, bekerja dan lakukan pembelajaran jarak jauh.

Kita mampu lakukan apa yang kita inginkan dan Kak Gee percaya anda mampu membuat keputusan yang bijak.

Jangan berlenggah dan carilah apapun pekerjaan asalkan buat masa ini anda punya pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian. Jangan juga terlalu memilih pekerjaan kerana Kak Gee percaya pada saat ini terlalu banyak yang menghadapi masalah hilang pekerjaan.

Apa yang penting adalah bekerja dengan ikhlas dan selalu pegang niat yang baik.

Apapun Kak Gee ikut berdoa agar anda diberi peluang pekerjaan supaya niat membantu keluarga dipermudahkan. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu dilema yang dihadapi Zakwanmz15, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?

Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.

Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

#Belajar #PMTepiKakGee #Cari kerja #Sambung