Soalan:

Salam Kak Gee. Aku nak confess satu benda tapi aku segan. Tahun ni sebenarnya tahun pertama aku puasa. Sebelum-sebelum ni aku berlakon je depan orang. Belakang-belakang, aku makan sampai kenyang.

Nak tahu tak kenapa aku puasa tahun ni? Sebab aku dah kahwin. Masa hari pertama puasa aku steady. Lama-lama aku lemah, aku pun pergi dapur ambil air. Tiba-tiba kantoi dengan pak mertua. Tapi sampai sekarang bini aku tak tahu kejadian tu.

Pak mertua aku pun dah mula pandang aku semacam. Apa patut aku buat? Kalau aku cakap pada pak mertua, aku ada gastrik, okay tak Kak Gee?

Yang benar, Muliadi



Jawapan:

Waalaikumussalam Muliadi. Alahai, menitik air mata Kak Gee baca masalah awak. Bukan Kak Gee sedih, tapi Kak Gee gembira kerana Muliadi dah berjaya ubah diri dan sudah mula berpuasa. Itu namanya berubah ke arah kebaikan.

Tentang kantoi dengan Pak Mertua tu, Kak Gee nasihatkan tak perlu nak tambah cuka pada luka. Nanti kalau kita menipu satu perkara, kita kena menipu lagi untuk tutup penipuan yang pertama tu.

Jadi pada Kak Gee, lebih baik berterus terang. Kalau Muliadi tak mahu ceritakan kisah lama, beritahu saja pada Pak Mertua bahawa Muliadi ’gagal sikit’ hari pertama. Minta maaf dengan Pak Mertua supaya keadaan kembali pulih.

Tentang isteri Muliadi pula, Kak Gee cadangkan beritahu dia apa yang berlaku dengan ayahnya. Jangan sampai berita kantoi puasa tu nanti dia dapat tahu daripada ayahnya. Nanti timbul pula perasaan malu pada keluarga.

Tak salah mengaku kesilapan kerana kita semua buat silap. Yang penting keinginan Muliadi untuk berpuasa dan memperbaiki diri. Lagi penting, Muliadi sebagai ketua keluarga perlu menjadi pembimbing isteri dan bakal anak-anak nanti. Jadi, Kak Gee hormat sangat dengan Muliadi yang nak memperbaiki diri.

Kak Gee nak ucapkan selamat berpuasa kepasa Muliadi sekeluarga. Nanti dah lepas Hari Raya, jangan lupa pulak nak ganti puasa sehari yang tinggal tu.

Salam sayang dari Kak Gee.


Itu permasalahan Muliadi dan ayah mertua, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.

Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!