PMTEPIKAKGEE

#PMTepiKakGee : Depan Cakap Lain, Belakang Cakap Lain! Disebabkan ‘Tikam Belakang’, Pemuda Ini Akhirnya...

Kak Gee 19/09/2020 | 13:51 MYT

Soalan:

Salam Kak Gee, boleh panggil saya Juwita je.

Saya dah lama nak luahkan benda ni dan harapkan Kak Gee siarkan ya.

Saya dah tak tahan dengan perangai kawan baik saya ni.

Awal-awal dulu saya tak percaya cakap orang tapi ada satu hari tu saya saja reka satu cerita ni and yes benda tu sampai ke pengetahuan orang lain.

Saya sudah minta rakan baik saya ni rahsiakan hal berkenaan, namun tak sampai beberapa jam berita itu dah tersebar.

Sakitnya hati, kawan yang kita anggap baik rupanya…

Saya ni tak ramai kawan Kak Gee, apa perlu saya buat? Putuskan hubungan?

Jawapan:

Hi Juwita, terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.

Pertama sekali Kak Gee faham sangat isu tikam-tikam ni, ye lah Kak Gee sendiri pernah alami masalah begitu.

Namun, isu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan dua cara.

Namun, semuanya terpulang pada Juwita.

Pertama, luahkan apa yang kamu rasa terus terang dengan dia.

Kedua, adalah menjauhkan diri daripada dia, namun tidaklah memutuskan persahabatan itu, perkara itu sangatlah dilarang dalam Islam.

Cuma kawan yang begitu memang ibarat toksik, jadi elakkan.

Bila dah makin berusia ni pastinya diri sendiri itu sebenarnya lagi penting daripada memikirkan masalah orang lain.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

#Viral #Viral #PMTepiKakGee