#PMTepiKakGee: Dilema Menantu Jadi Orang Tengah Mak & Anak
SOALAN:
Assalamualaikum. Saya Iz dari Klang. Sekarang ni masalah yang saya hadapi adalah isteri saya yang bermasam muka dengan ibunya sendiri.
Semuanya kerana pergaduhan kecil yang terjadi pada Ramadan lalu.
Ia berlarutan sampai sekarang dan sayalah yang menjadi orang tengah.
Sekarang saya ni dah ibarat macam posmen dah.
Isteri saya tak nak cakap dengan mak dia sendiri, jadi apa-apa pesanan, saya yang sampaikan.
Begitu juga dengan ibu mertua saya yang menjadikan saya 'utusan' untuk menyampaikan sebarang perkara kepada anaknya sendiri.
Saya tak sukalah mereka bermasam muka Kak Gee.
Macam mana ni? Bantu saya!
JAWAPAN:
Waalaikumsalam Iz. Kak Gee ucapkan terima kasih kepada Iz kerana meluangkan masa berkongsi masalah dengan Kak Gee.
Agak suka juga menjadi orang tengah antara dua perbalahan, lebih-lebih lagi pihak yang bermasam muka itu adalah isteri dan ibu mertua Iz sendiri.
Bagi Kak Gee, Iz boleh berbincang dengan isteri Iz sendiri agar dia mengalah.
Nasihatkan isteri Iz agar dia membuang ego kerana apa pun yang terjadi, dia merupakan anak.
Tak kiralah perbalahan apa sekalipun, isteri Iz perlu buang jauh-jauh rasa ego dan berbincang secara baik dengan ibu.
Semoga isteri dan ibu mertua Iz bertemu jalan penyelesaian dengan sebaiknya.
Itu kisah Iz, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Kredit foto: Psychology Today