SOALAN:

Salam Kak Gee, saya Shima dari sebuah negeri di selatan tanah air.

Saya tinggal berdua dengan mak saya dan ayah telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Saya ada seorang kakak yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak kembar.

Masalahnya sekarang adalah kakak saya ni, dia menghantar anak-anaknya untuk dijaga oleh mak saya.

Pada awalnya, mak saya tak kisah tapi lama kelamaan, bila kembar itu dah berusia 2 tahun, makin lama makin lasak.

Mak saya pula dah menginjak ke usia 60-an, penat nak jaga kembar tu.

Saya pula bekerja, kadang-kadang lepas balik dari pejabat, saya mendengar luahan mak saya.

Mak saya bukan tak sayang cucu kembarnya tapi saya faham Kak Gee, mak saya dah tua, dia tak larat...

Dia pun nak join kawan-kawan sekampung yang sama usia dengannya pergi kelas mengaji dan kelas agama.

Dulu saya pernah minta kakak saya hantar anak-anaknya dijaga oleh pengasuh, tapi kakak saya bagi alasan tak selamatlah, takutlah, tak cukup duit belanjalah.

Nak diluahkan sekali lagi kepada kakak saya, takut kakak saya sentap pulak.

Macam mana nak buat ni Kak Gee?

JAWAPAN:

Salam Shima, terima kasih kerana berkongsi rasa dengan Kak Gee.

Bagi Kak Gee, jalan yang terbaik adalah untuk Shima berbincang dengan kakak dan ibu.

Lakukan perbincangan hati ke hati dan jelaskan situasi sebenar yang mak Shima hadapi dan berterus terang!

Kakak Shima pun tak bolehlah nak bersikap penting diri dan mahu memudahkan urusannya sahaja sehingga mak Shima terabai.

Jika perbincangan dilakukan hati ke hati dengan penuh toleransi, mesti kamu sekeluarga dapat mencapai kata sepakat.

Insya-Allah, ada jalan penyelesaiannya.

Kak Gee doakan agar semuanya berjalan lancar, Insya-Allah!

Itu kisah Shima, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!