PMTEPIKAKGEE
#PMTepiKakGee : Dulu Hidup Mewah, Now Muflis Sampai Terpaksa ‘Sembunyi’ Di Kampung?
Soalan :
Salam Kak Gee, boleh panggil saya Mun je.Saya berusia 47 tahun dan tinggal di Johor.
Dulu keluarga saya mewah sebab suami kerja bagus dan berpangkat tinggi.
Namun sekarang semua kemewahan tu dah tak ada.
Suami diberhentikan kerja dan akibatnya hutang keliling pinggang. Akhirnya suami diisytiharkan muflis.
Duit pampasan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semua habis bayar hutang je.
Now kami duduk kampung, suami pun tak berkerja.
Pernah saya terpaksa pinjam duit adik beradik Kak Gee, malu saya.
Saya nak luahkan benda ni sebab tak tahan dah.

Jawapan:
Walaikumsalam Mun, terima kasih sudi #PMTepiKakGee.Bila kita luah perasaan yang lama pendam sekurang-kurangnya lega lah sikit.
Untuk masalah Mun, Kak Gee lihat ia lebih kepada kesilapan merancang kewangan.
Duit simpanan KWSP sepatutnya digunakan untuk waktu kita tua nanti tapi telah digunakan untuk membayar hutang.
Bagi Kak Gee ia memang sukar diselesaikan dalam sekelip mata namun ia juga bukanlah pengakhiran buat Mun sekelurga.
Miskin bandar dengan miskin kampung tu berbeza.
Jadikan kelebihan duduk di kampung sebagai platform untuk Mun dan suami mencari peluang berniaga.
Mula secara kecil-kecilan je dah cukup.
Selain itu belajar explore perniagaan atas talian.
Zaman sekarang orang jual keropok Super Ring pun boleh kaya.
Hendak seribu daya kan?
##
Itu kisah Mun, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.
Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Must-Watch Video