PMTEPIKAKGEE

#PMTepiKakGee: “Dulu Lukakan Hati Saya, Sekarang Minta Bersama Kembali” - Gadis Keliru

Kak Gee 30/06/2020 | 05:01 MYT
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee. Nama saya Zira. Saya ingin bertanya pasa Kak Gee adalah patut saya beri peluang pada ex yang mahu bersama balik setelah sekian lama terpisah.
Lepas kami putus, kami masih berkawan macam biasa tapi sekarang dia mahu saya terima dia kembali kerana dia amat suka pada saya. Saya masih tragik untuk terima dia semula sebagai kekasih kerana saya takut dikecewakan lagi.
Saya memang tidak mahu bercinta buat masa sekarang kerana serik dia pernah mengakiti hati saya dulu. Adakah saya patut terima dia semula atau tidak Kak Gee? Itu saja saya nak kongsikan pada Kak Gee. Sekian dari saya.
Zira
Jawapan:
Waalaikumussalam Zira. Zaman bercinta memang begitu. Ada ketika manis, dan ada masanya pahit. Semuanya terletak pada diri Zira sendiri.
Perkara yang Zira lalui kerap juga terjadi. Sering disakiti dan menyakiti apabila di alam percintaan, tetapi bila hanya sekadar kawan, semua perkara itu tidak dirasai kerana tidak ada perasaan sayang yang dalam jadi pengikat.
Jadi Kak Gee cadangkan supaya Zira berkawan lebih lama dengan bekas kekasih Zira. Kenal betul-betul hati budinya sebelum membuat sebarang keputusan.
Malah lebih baik, jika Zira dan dia sudah boleh menerima antara satu sama lain, kenapa tidak halalkan sahaja hubungan kalian dengan perkahwinan. Itupun jika Zira sudah boleh menerimanya segala kelebihan dan kekurangan dirinya, dan begitulah sebaliknya.
Bercinta tidak perlu lama-lama kerana yang lebih penting adalah ketika berkawan, sudah tahu apa kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika Zira dan bekas kekasih sudah boleh menerima perkara tersebut dan mampu untuk memperbaiki hubungan sehingga benar-benar ingin bersama, teruskan sahaja dengan cara yang lebih baik.
Kak Gee harap Zira akan bahagia dengan apapun keputusan yang Zira ambil. Pastikan diri kita bahagia terlebih dahulu, barulah kita dapat membahagiakan orang lain.
Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Zira, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Bekas Kekasih #PMTepiKakGee