Gaya Hidup
#PMTepiKakGee: "Dulu Saya Sangat Liar, Sampai Pernah Gugurkan Anak..." - Kesal Berzina, Bekas Bohsia Ini Mahu Bertaubat
SOALAN:
Salam Kak Gee, nama saya Natrah dan tinggal di ibu kota.
Saya kini berusia awal 20-an dan bekerja di sebuah syarikat di pinggir bandar.
Kak Gee, saya sering dihantui oleh dosa silam.
Ketika di sekolah menengah, saya boleh katakan saya merupakan seorang gadis yang sangat jahat sehingga orang memanggil saya bohsia.
Perangai saya memang sangat nakal dan liar, saya sering bertukar pasangan serta menjadi rebutan mat rempit.
Saya terleka hingga pernah terjebak dengan zina dan paling teruk, saya pernah menggugurkan kandungan.
Akhirnya, selepas tamat persekolahan, saya sambung belajar.
Aktiviti terkutuk saya mula berkurang kerana saya memberikan fokus terhadap pelajaran sehinggalah kini saya sudah bekerja.
Tapi, sekali sekala saya ada berhubung dengan skandal-skandal lama dan melakukan perkara tak senonoh itu.
Titik perubahan saya adalah ketika PKP yang bermula Mac lalu.
Saya banyak muhasabah diri dan menghabiskan masa di rumah.
Saya terkenangkan dosa-dosa lalu yang pernah saya lakukan dan amat menyesal.
Saya banyak menangis mengenang nasib dan saya sangat sedih!
Kak Gee, saya nak berubah tapi saya tak tahu nak bermula bagaimana.
Bantu saya Kak Gee.
JAWAPAN:
Salam Natrah. Terima kasih berkongsi keluh kesah bersama Kak Gee.
Pertama, tahniah Kak Gee ucapkan kerana Natrah mempunyai rasa kesal dalam diri dan mahu berubah ke arah kebaikan, Alhamdulillah.
Semua orang mempunyai masa silam tersendiri dan perkara itu tidak menjadi penghalang untuk kita bergelar insan yang lebih baik di masa akan datang.
Bagi Kak Gee, Natrah harus mulakan dengan solat terlebih dahulu.
Dekatkan diri dengan Allah, cukupkan solat lima waktu kerana sembahyang adalah tiang agama.
Lakukan solat taubat dan mohon keampunan dari Allah atas segala kesilapan yang pernah Natrah lakukan.
Mulakan perubahan dari dalam, sesali apa yang Natrah pernah lakukan dan berjanji dengan diri sendiri untuk tidak melakukannya lagi.
Selain itu, mungkin Natrah boleh mula belajar mengaji atau membaca Al-Quran kerana ia merupakan penenang jiwa.
Insya-Allah, jika kita ada usaha untuk berubah, Allah pastinya akan membantu kita.
Kalau kita benar-benar ikhlas mahu bertaubat dan menyesali perbuatan lalu, pasti Allah mengampunkan dosa kita kerana Allah itu Maha Pengampun.
--
Itu kisah Natrah, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!