Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#PMTepiKakGee; Gadis Takut Nak Beritahu Keluarga Dirinya Hamil Di Luar Nikah

Gempak Spot
26/06/2020 15:00 MYT
SOALAN

Saya mengandung luar nikah tetapi Tak tahu nak bagi tahu dekat family macam mana. Saya selalu menjauhkan diri dari family ......Apa nasihat Kak Gee.

Yang Benar,
Girl


JAWAPAN

Hi Girl, terima kasih ada perkongsian masalah anda. Girl, dengar dan hadam nasihat Kak Gee ini baik baik.

Tidak ada tempat atau orang lain yang terbaik selain keluarga. Percayalah, walaupun keluarga seperti ibu atau bapa dan adik beradik mungkin punya sikap masing masing, tetapi keluarga tetap keluarga.

Jadi nasihat Kak Gee, beritahu keluarga tentang masalah anda sekarang. Kak Gee faham betapa runsing dan takutnya Girl untuk mengatakan anda kini sedang hamil luar nikah. Mesti macam macam hal yang anda fikirkan. Tapi tolonglah beritahu masalah ini kepada keluarga.

Beritahu ibu anda, orang yang paling penting dan walaupun hatinya akan hancur dengan perbuatan anda, ibu adalah orang terbaik yang akan selalu melindungi dan menerima anak anaknya.

Jika anda bimbang ibu akan terkejut, carilah kakak, adik atau abang yang paling akrab dengan anda untuk diberitahu masalah ini.

Kak Gee percaya, tidak ada sesiapa yang akan tak terkejut atau tidak marah dan tidak kecewa, namun sekiranya anda juga tidak menyembunyikan perkara ini terlalu jauh, Insya Allah semuanya boleh diselesaikan dengan baik.



Dan Girl, Kak Gee juga sangat berharap, tolong jangan lakukan hal bodoh seperti menggugurkan anak apa lagi melalui kaedah tidak bertauliah. Jangan ambil tindakan bodoh seperti ini.

Atau, melahirkan anak dan kemudian membuangnya. Ingat! Anak tidak bersalah, dan keterlanjuran anda bersama pasangan juga walaupun satu kesilapan, tetapi pasti ada hikmah yang terselit di sebaliknya.

Berbincang juga dengan pasangan anda, semoga dia punya maruah untuk bertanggungjawab terhadap perbuatan kalian.

Dapatkan khidmat kaunseling atau pakar yang lebih bijak membantu menyelesaikan masalah anda.

Dan kemudian serahkan semuanya kepada Allah, berdoa dan bertaubat.

Girl, buat masa ini, jaga kesihatan, jangan abaikan anak di dalam kandungan.

Ingat tiga pesanan Kak Gee di atas. Pertama; Tolong Beritahu Keluarga. Kedua ; Jangan Gugurkan Kandungan. Ketiga ; Anda dan Pasangan Bertanggungjawab terhadap Perbuatan yang Dilakukan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu kisah Girl, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?



Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Viral #hamil luar nikah #Viral #PMTepiKakGee