Soalan:

Hi Kak Gee, saya ada benda nak luahkan ni tentang kawan saya yang kerap share link atau info meragukan di platform Facebook serta WhatsApp.

Paling ketara adalah isu KWSP baru-baru ini.

Nampak sangat link tu palsu dan bukannya rasmi daripada KWSP tetapi masih dikongsinya.

Nak jadikan cerita saya pun tegur lah, ah sudah diherdiknya kita pula katanya sibuk jaga tepi kain orang.

Lepas tu tuduh saya tak faham kesusahan golongan B40, dah kenapa pula!

Apa saya nak buat ni eh Kak Gee? Help please!

Yang benar,

Mat Rock


Jawapan:

Hi Mat Rock, terima kasih sudi pm tepi Kak Gee.

Kecoh betul ya isu KWSP kali ni. Bukan kata Mat Rock, timeline Kak Gee pun penuh dengan perkongsian berkaitan link KWSP.

Katanya nak semak layak atau tidak sila klik.

Tapi orang ramai kena faham KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran wang caruman.

Selain itu tiada aplikasi yang dibangunkan oleh pihaknya untuk meminta maklumat ahli berkenaan pengeluaran caruman dalam akaun 1 KWSP mengenai permohonan i-Sinar.

Untuk kes sebegini, Kak Gee sarankan, awak cari artikel yang menafikan link tersebut, letakkan di ruang komen.

Komen secara halus, biarlah dia marah sekali pun janji dia padam posting berkenaan.

Bukan apa, risau ramai pula terjerat dengan posting tersebut.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Sumber Gambar