SOALAN:

Salam Kak Gee, nama saya Sally, seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga anak.

Saya risau dengan anak sulung saya, A. Dia seorang gadis berusia 25 tahun dan masih belum mempunyai teman lelaki.

Sebelum ini, dia pernah menjalinkan hubungan cinta ketika di zaman persekolahan, ketika dia berada di tingkatan 3, tetapi saya sebagai ibu menghalangnya.

Ketika itu, dia benar-benar patah hati tetapi lama kelamaan, keadaan kembali seperti biasa.

Kini, 10 tahun sudah berlalu dan dia nampak selesa dengan kehidupannya.

Selepas habis kerja, dia suka menghabiskan masa di rumah sahaja.

Saya pun pelik, dia memang tak minat ke nak bercinta ke? Tak minat nak berkawan dengan orang lain?

Umur pun dah mencecah 25 tahun. Dia tak pernah langsung buka mulut mengenai teman lelaki.

Adakah dia trauma kerana saya pernah menghalang cintanya?

JAWAPAN:

Salam Sally, semoga sihat sejahtera.

Bagi Kak Gee, mungkin anak gadis Sally lebih selesa menumpukan perhatian terhadap kerjaya atau dia mempunyai alasan tersendiri mengapa masih belum bertemu cinta.

Saranan yang boleh Kak Gee berikan ialah mungkin Sally boleh bersemuka dengan A dan bercerita secara terbuka mengenai perkara ini.

Jika benar A terluka kerana kejadian silam yang berlaku 10 tahun lalu, tak salah untuk Sally memohon maaf kepada A.

Bincang dan selami isi hati A. Sally juga perlu memberitahu apakah yang terkandung dalam hati Sally kepada A agar semuanya jelas.

Kak Gee doakan agar semuanya baik-baik sahaja ya.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!