Viral

#PMTepiKakGee : Isteri Stress Terkandas di Rumah Mertua, Mak Mertua Pula Membencinya, Apa Yang Terjadi?

gempak
Gempak Spot
02/05/2020
15:00 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Isteri Stress Terkandas di Rumah Mertua, Mak Mertua Pula Membencinya, Apa Yang Terjadi?
SOALAN
Kak Gee, saya letih. Sekarang saya duduk dengan family mertua sebab stuck masa PKP. Saya dari dulu memang dibenci mertua, terutamanya mak mertua. Masa puasa ni saya cuba ambil hati mak mertua saya. Saya masak menu sedap-sedap masa sahur dan buka. Itu pun saya letih sebab sambil tu saya work from home. Suami saya tau, tapi dia pun taknak ambil tindakan takut keadaan jadi lagi tegang. Tolong saya Kak Gee.
Yang Benar, Isteri Letih
JAWAPAN
Hi Isteri Letih. Apa khabar dan selamat berpuasa. Kak Gee harap Isteri Letih tak terlepas baca nasihat Kak Gee buat anda. Terima kasih ya sudi kongsi masalah anda dengan #PMTepiKakGee.
Benda yang paling penting Kak Gee nak Isteri Letih lakukan sekarang adalah dua perkara.
Pertama, berfikiran positif. Keduanya berlapang dada. Kenapa Kak Gee cakap begini?
Lihat situasi ini dari sudut positif. Kak Gee rasa Isteri Letih cukup bertuah tau dengan situasi yang anda hadapi sekarang. Anda katakan anda dibenci mak mertua, tapi sekarang perlu duduk serumah dalam jangka masa yang lama sejak PKP dan masuk bulan Ramadan ini.
Sekarang, andalah yang uruskan semua soal makan di rumah. Anda berusaha mengambil hati mak mertua.
Di sebalik keletihan anda bekerja di rumah, anda tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sanggup bangun sebelum orang lain di dalam rumah anda bangun untuk memasak dan menyediakan sahur, kemudian semua orang di dalam rumah termasuk mak mertua anda juga ikut menikmati menu buka puasa air tangan anda.
Masya Allah, Isteri Letih perasan tak berapa banyak pahala yang sudah anda kumpul sejak hari pertama duduk di rumah mak mertua kerana PKP sampailah dah masuk bulan puasa?
Semua orang dalam rumah bergantung kepada anda. Kalau anda tak bangun sahur dan memasak berbuka, semua mungkin tak merasa nikmat makan sedap sedap di musim PKP ini.
Sebab itu benda pertama yang Kak Gee tekankan kepada Isteri Letih adalah berfikiran positif. Apabila kita berfikiran positif, maka semua perkara yang kita rasa susah, kusut dan menyampah nak lakukan, akan jadi ringan dan mudah.
Kemudian kenapa Kak Gee kata Isteri Letih kena berlapang dada. Sebab ada banyak hikmah di sebalik situasi yang berlaku kepada Isteri Letih sekarang ini.
Mungkin sekarang ini Isteri Letih dalam diam diam sudah pun menjadi menantu paling disayangi mak mertua sebab anda menjaga hal kebajikan di rumah dia.
Mungkin selama ini mak mertua bukan benci, cuma sebab tak duduk serumah atau selalu bersama, jadi mak mertua fikir anda tak pandai memasak atau sebagainya. Alah biasalah tu Isteri Letih, Kak Gee rasa semua mak mertua akan ada rasa sangsi sikit pada setiap menantu, maklumlah kita dah ambil anak mereka kan.
Tapi sekarang lepas mak mertua melihat pengorbanan, kesabaran dan usaha Isteri Letih, Kak Gee gerenti hati dia mesti terusik dengan kebaikan kebaikan anda. Kak Gee juga percaya selepas anda pulang ke rumah semula, pasti mak mertua akan rindukan masakan dan pertolongan anda sepanjang Isteri Letih terkandas di rumahnya.
Jadi bila sekarang ni Isteri Letih jangan berfikiran negatif dan jangan mengeluh. Sebab Allah sedang menyelamatkan hubungan yang kurang baik di antara Isteri Letih dengan mak mertua melalui cara ini.
Cuma sekali lagi Kak Gee tekankan, Isteri Letih harus melihatnya dengan cara yang positif dan berlapang dada.
Untung Isteri Letih, berganda ganda pahala di bulan mulia ini. Jalankan amanah bekerja dari rumah, jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, fuh cemburu Kak Gee.
Dan Kak Gee nak ucapkan syabas pada suami anda sebab tak mengeruhkan keadaan.
Jangan sedih sedih ya Isteri Letih. Anda wanita hebat!
-----------------------------------------------------------------------------------------
Itu permasalahan Isteri Letih, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live