SOALAN:
Salam Kak Gee, saya ni baru berumur 28 tahun, muda lagi masih mengejar cita-cita.
Saya peninglah bila mak cik saya asyik suruh kahwin je.
Macam tak ada benda lain, setiap kali balik kampung, itu je soalan dia.
Sedangkan mak saya sendiri pun tak pernah nak suruh saya kahwin, mak cik saya pula yang lebih-lebih.
Apa yang perlu saya buat?
JEJAKA PENING

JAWAPAN:
Salam Jejaka Pening, terima kasih kerana sudi berkongsi luahan rasa dengan Kak Gee.
Bagi Kak Gee, biasalah tu, bila ada mak cik, mereka memang terlebih mesra, suka bertanya hal-hal sedemikian.
Apa yang penting, anda harus mengambil perkara ini dari sudut positif.
Mana tahu, sebenarnya mak cik anda hanya mahu memulakan bicara dengan bertanyakan soalan sebegitu?
Biasalah, orang tua-tua kan, mungkin itu salah satu cara dia nak memulakan perbualan.
Cadangan Kak Gee, mungkin anda boleh menjawab dengan tenang dan meminta mak cik anda agar mendoakan jodoh anda.
"Belum jumpa jodoh lagi mak cik. Mak cik, doakan saya ya agar jodoh saya sampai pada waktunya, dikurniakan isteri yang baik serta solehah."
Cuba bagi jawapan sebegitu, pasti suasana akan menjadi lebih baik dan ia akan menjadi lebih positif.
Apa yang penting, jangan gaduh-gaduh tau! Tak baik!
Itu kisah Jejaka Pening, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!