Soalan:

Salam Kak Gee.

Panggei teman Yob. Teman nak berkongsi. Jiran teman ni suka benar memasak waktu PKP ni.

Sikit-sikit dibaginya ke teman.

Masalahnya, yang dia bagi semuanya tak sedap. Rupa pun tak ada.

Apa patut teman buat?

Patut ke teman khabar ke dia yang masakan dia tak sedap?

Atau patut ke teman teruskan bagi ke pak guard?

Atau patut teman upload je di FB Masak Apa Tak Jadi tu?

Mohon pencerahan.


Jawapan:

Salam Yob. Tersenyum Kak Gee membaca coretan Yob ni, tersengih-sengih!

Kak Gee puji sikap jiran Yob yang pemurah tu. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, dia tak lupa Yob sebagai jiran apabila dia berkongsi rezeki dengan Yob.

Tapi masalah juga kan kalau apa yang dia kongsi semuanya tak sedap?

Kak Gee faham, niat Yob bukan nak merendah-rendahkan makanan atau memperkecilkan rezeki, tapi kalau rasa tak best, rupa tak ada, siapa nak makan atau habiskan? Betul tak?

Pertama sekali, apa yang perlu Yob buat adalah ucapkan terima kasih kepada jiran Yob.

Setidaknya, dia rasa dihargai dan gembira dengan respon Yob.

Tapi, janganlah menolak pemberiannya, kurang manis.

Tak mahulah juga kalau Yob membuang pemberiannya terus ke dalam tong sampah, tak baik buat rezeki macam tu!

Mungkin Kak Gee boleh bagi beberapa option yang boleh Yob gunakan untuk menyelesaikan permasalahan Yob ni?

Nombor satu, setiap makanan yang jiran Yob bagi, cuba Yob perbaiki masakan dia sebelum Yob menikmatinya.

Contohnya, bila dia bagi Yob nasi goreng yang rasanya kurang 'ngam' ataupun rupanya kurang lawa, Yob 'alter' sikit.

Yob masak semula nasi goreng tu, tambah perisa atau lauk yang Yob gemari sehingga ia mengikut citarasa Yob.

Kedua, kalau Yob kurang arif bab masak memasak, mungkin Yob boleh gunakan buah fikiran Yob yang Yob beri kepada Kak Gee tadi iaitu memberikannya kepada pak guard.

Setidaknya, Yob memanjangkan sedekah yang diberikan jiran Yob.

Di samping itu, terus berdoa kepada Allah agar masakan jiran Yob ada improvement dan yang paling penting, mohon kepada Allah agar jiran Yob terus murah rezeki.

Murni sungguh hatinya suka bersedekah kan?

Sekali sekala, kalau Yob ada rezeki lebih, bolehlah membalas juadah yang diberikan...

Kalau Yob tak tahu memasak, mungkin boleh bagi buah-buahan kepada jiran Yob tu.

Apapun, Kak Gee nak ucapkan selamat berpuasa kepada Yob dan semoga ibadah Ramadan Yob kali ini dipermudahkan!

Terima kasih kerana telah mempercayai dan mendapatkan nasihat daripada Kak Gee!





---




Itu permasalahan Yob, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.

Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!