Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

#PMTepiKakGee: Kakak Ipar Pemalas, Lagi 5 Minit Nak Buka Puasa Baru Nampak Muka!

Gempak Spot 26/04/2020 | 14:59 MYT
Soalan:
Hello Kak Gee, selamat berpuasa.
Saya Zila, anak bongsu dari dua orang adik beradik. Saya ada seorang abang yang dah kahwin selama setahun.
Saya masih belajar lagi dan syukur sebab sebelum PKP start, saya sempat balik kampung. Jadi sekarang saya spend masa di kampung bersama bonda saya.
Papa saya dah meninggal tiga tahun lalu.
Abang saya pun sama, sehari sebelum PKP start, dia balik kampung dengan kakak ipar saya, nak jenguk bonda.
Nak dijadikan cerita, dia pun tak dapatlah nak balik ke KL balik sebab dah berada di kampung.
Jadi lengkaplah famili kami di rumah bonda.
Dah lebih sebulan duduk kampung ni, terkeluarlah warna diri masing-masing.
Apa yang saya geramkan, perangai kakak ipar saya.
Minggu pertama, minggu kedua PKP adalah juga turun jenguk bonda dan saya di dapur, tolong masak sikit-sikit.
Masuk minggu ketiga, semakin sepi ya Kak Gee!
Kebanyakan masa kakak ipar saya habiskan di ruang tamu main HP dan tengok TV, tak pun dalam bilik.
Bulan puasa menjelang tiba ni lagi hebat. Walaupun baru beberapa hari je puasa, saya terkejut dengn perangai dia.
Ingatkan bulan puasa boleh berubah, rupanya hmmmmm.
Lagi 5 minit nak berbuka barulah nampak batang hidung dia tersengih-sengih jenguk dapur.
Lepas habis berbuka, pantas betul dia basuh pinggan dia makan & pinggan abang saya, lepas tu lesap, masuk bilik semula. Malasnya!
Bonda saya tak bising tapi saya sendiri geram Kak Gee.
Abang saya pula macam biasa je, macam tak perasan pula yang isteri dia ada penyakit M. Penyakit Malas.
Puasa memang ajar kita bersabar Kak Gee tapi saya rasa kesabaran orang lain pun mesti menipis kalau mereka berada di tempat saya.
Macam mana ni Kak Gee, tolong saya!
Jawapan:
Terima kasih adik sebab PM Tepi Kak Gee. Pertama, Kak Gee salute adik sebab adik ringan tulang membantu bonda adik di dapur.
Ye lah, kita perempuan, paling tidak kena ringankan beban insan yang melahirkan kita. Bertuah bonda adik dapat anak yang rajin.
Berbalik kepada masalah adik, Kak Gee cadangkan adik boleh duduk berbincang.
Mula-mula, bincang dengan bonda adik, bagi tahu apa yang adik rasa. Tak baik pendam tekanan yang adik hadapi, lama-lama makan dalam tau.
Cari solusi atau penyelesaian. Bagi Kak Gee, adik atau bonda tak perlu marah-marah dekat kakak ipar adik tu.
Mungkin cara yang adik boleh usahakan untuk buang sikap malas kakak ipar itu adalah dengan sama-sama melibatkan dia.
Macam contohnya, esok untuk menu berbuka puasa, minta bonda masak makanan kegemaran abang adik.
Jadi bila waktu memasak juadah berbuka tu, minta kerjasama bonda panggil kakak ipar adik sekali duduk di dapur.
Bonda mungkin boleh guna alasan nak ajar kakak ipar cara memasak resepi kegemaran abang.
Esoknya pula cari satu menu lain untuk bonda ajarkan kepada kakak ipar adik dan perkara seterusnya.
Kak Gee rasa lama-lama kakak ipar adik sendiri akan memahami hint yang diberikan.
Jika sukar dilaksanakan, adik berbincanglah pula dengan abang adik.
Ingat, perbincangan mestilah dilakukan dengan tenang dan sampaikan mesej yang adik mahu katakan tanpa mengguris sesiapa. Apa yang penting, bincang elok-elok ya.
Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan, jadi berbincanglah kalian dengan baik, semuanya pasti dapat diatasi!
Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa!
Itu permasalahan keluarga Zila, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #Kakak Ipar #Masalah
;