Hiburan
#PMTepiKakGee : “Kamu Adalah Satu Kesilapan” - Ibu Kandung Jauhkan Diri, Malu Ada Anak Luar Nikah?
Hi Kak Gee, nama saya Juju berusia 29 tahun.
Sebenarnya baru dua bulan lepas Juju dapat tahu saya bukanlah anak kandung mak yang jaga saya selama ni.
Nak jadikan cerita saya hanyalah anak angkat.
Sejak daripada itu saya pun mula usaha dan cari maklumat siapa sebenarnya ibu kandung saya.
Alhamdulillah lepas tiga minggu usaha, saya akhirnya dapat jejak di mana ibu kandung saya tinggal.
Cuma masalahnya, bila dah bertentangan mata dia tak nak mengaku yang saya adalah anak dia.
Katanya saya anak luar nikah. Saya ni kesilapan dia waktu muda dulu.
Allahu, terduduk saya dibuatnya.
Mak saya terus tutup pintu tak bagi saya masuk.
Kalau tanya siapa ayah saya pun saya tak tahu. Ibu kandung saya tak mau jumpa saya langsung.
Macam mana ni Kak Gee? Salah ke saya?
Apa dosa saya dilahirkan sebagai anak luar nikah?
Yang Benar,
Juju Ali
Jawapan:
Hi Juju, terima kasih sudi #PMTepiKakGee.
Pertama sekali Kak Gee rasa happy sangat Juju akhirnya dapat tahu siapa ibu kandung Juju yang sebenar.
Sekurang-kurangnya ringan sikit beban di kepala memikirkannya.
Entah dia masih hidup atau tidak kita tak tahu kan, Alhamdulillah semua persoalan sudah terungkai.
Pada pandangan Kak Gee, mungkin ibu Juju masih dalam keadaan terkejut. Ye lah selepas 29 tahun, baru Juju muncul depan mata dia.
Mungkin dia tidak sangka.
Kedua, Kak Gee mahu Juju sentiasa bersangka baik atau husnuzon. Pasti ada sebab mengapa ibu bertindak sebegitu.
Adakah sebab takut suaminya marah? Atau ada sebab lain.
Semua itu mungkin tidak akan terjawab dalam masa terdekat tapi berdoalah kepada Tuhan supaya diberikan petunjuk.
InsyaAllah, satu hari nanti ibu Juju akan terbuka menerima kehadiran Juju. Kak Gee doakan ya!
Itu kisah Juju, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!