Soalan:

Salam Kak Gee, boleh panggil saya MF je.

Saya cuma nak luahkan masalah saya dengan beberapa rakan lagi.

Kisahnya bermula apabila saya meluahkan pandangan saya terhadap pendakwah selebriti Da’i Syed Shah Iqmal.

Ye lah, setiap orang kan ada pandangannya, malah berhak luahkan pendapat tersebut di media sosial.

Masalahnya apabila pendapat saya tu tak disenangi beberapa rakan.

Mula gelak-gelak je komen, sekali jadi serius.

Akhirnya saya kena block oleh mereka. Bukan seorang tapi tiga orang block saya di media sosial.

Terkilan, geram semua ada, nak mereka je betul, pandangan orang lain?

Sekurang-kurangnya saya tak sampai menghina.


Jawapan:

Hi MF terima kasih kerana PMTepiKakGee.

Fuh panas juga isu Da’i Syed ni ya, bukan awak je memang di semua platform media sosial Kak Gee tengok semua pakat bergaduh.

Inilah hakikat terpaksa dihadap, orang ramai kini sanggup bertengkar di media sosial sampai terkeluar semua perkataan tak elok.

Bagi Kak Gee, jika melihat ada yang ‘masuk gelanggang’ dengan emosi, cuba lah didik mereka supaya berbincang secara matang.

Bila mereka api, cubalah kita jadi airnya, janganlah dicurahkan lagi minyak ke dalamnya.

Budaya ’perang’ di media sosial sebenarnya tak baik, janganlah disebabkan perbezaan fahaman kita semua berpecah.

Apapun, Kak Gee doakan supaya pergaduhan antara MF dan rakan-rakan lain tidak berpanjangan terlalu lama.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!